Wang Merubah Segalanya

        Setiap insan yang hidup di dunia ini pastinya memerlukan teman, sahabat, rakan serta kawan-kawan. Tapi sebagai insan juga kita harus ingat, berhati-hati dalam memilih teman, sahabat, rakan serta kawan-kawan. Kelak kita juga yang rugi, merana dan kesal...
        Mee merupakan seorang lepasan kolej dan kini bekerja di sebuah syarikat yang terlibat secara langsung
     dengan pengiklanan. Dengan ilmu yang ada padanya, Mee merupakan seorang pekerja yang agak berjaya.
Minat dan bidang tugas seharian mendorong Mee mendalami lagi bidang pengiklanan. Sesiapa sahaja yang mahir

dalam bidang tersebut, maka mulalah Mee mendampingi mereka.
        Kebetulan ada seorang pekerja dari cawangan syarikat tempat Mee bekerja, pindah ke pejabat Mee. Dari maklumat yang diperolehi, Teh merupakan seorang yang pakar di dalam bidang pengiklanan dan pernah mengikuti pelbagai bengkel dan kursus di dalam bidang pengiklanan.Al-kisah Mee pun mengambil kesempatan ini untuk
berbaik-baik dengan Teh. Hari berganti minggu, minggu berganti bulan Mee menjadi akrab dengan Teh.
       Pada suatu hari Teh menyatakan bahawa dia ada mendapat satu tempahan daripada pelanggan di Bangsar
 untuk membuat promosi barangan pelanggan tersebut. Malangnya Teh kekurangan modal bagi membeli alat-alat
   bagi menyiapkan iklan tersebut. Teh yang mengetahui Mee yang memang berminat, mempelawa Mee untuk berkongsi modal. Tanpa berfikir panjang, Mee bersetuju dengan cadangan Teh. Mee telah menyerahkan wang sebanyak RM 2,500 sebagai modal untuk membeli perkakasan yang diperlukan. Setelah siap membuat iklan bagi pelanggan tersebut, Teh menerima cek bayaran daripada pelanggannya. Beliau berjanji akan membayar balik pada
Mee wang yang dipinjamkan beserta upah kerana membantunya menyiapkan iklan tersebut.
   Hari berganti hari Teh sentiasa menjauhkan diri daripada Mee dan langsung tidak menyentuh mengenai wang
   yang telah dipinjamnya daripada Mee. Setelah agak lama menunggu tetapi tiada apa-apa respon daripada Teh,
    Mee bertanya kepada Teh mengenai wang yang telah dipinjamkannya itu. Teh mula memberi pelbagai alasan
kenapa tidak dapat membuat bayaran balik. Hari berlalu, Teh mula tidak muncul di pejabat. Pihak pengurusan
juga tidak tahu di mana Teh berada kini. Mee cuba mencari Teh di rumah sewanya serta rumah ibunya namun
bayang Teh pun tidak ada.  "Aduh...aku ditipu," detik hati Mee.

    Walau pun cerita di atas rekaan serta imaginasi saya, ini merupakan satu kisah masyarakat yang saya rasa
memang berlaku di pentas dunia ini. Dari jumlah wang yang sedikit hinggalah jumlah yang berjuta-juta, begitulah
jadinya jika wang merupakan matlamat hidup atau terkadang bila kita menghadapi kemelut kewangan.

INGAT SEBELUM KENA, JIMAT SEBELUM HABIS.....

    Balik ke Kisah Tauladan.