Make your own free website on Tripod.com

Gagak Yang Bijak

            

 
               Suatu hari di sebuah taman, terbang seekor gagak yang kehausan. Sudah puas ia terbang ke sana-sini untuk mencari air...namun tidak ditemui.  Gagak itu tidak putus asa dan terus berusaha untuk mendapatkan air. Nasib Si Gagak agak baik apabila ia ternampak sebiji botol yang berisi air di bawah sebatang pokok. Tanpa membuang masa, ia terus mendapatkan botol tersebut. Si gagak agak hampa kerana ia tidak dapat meminum air itu kerana air yang ada di dalam botol itu  tidak dapat dicapai oleh paruh Si Gagak.  Si Gagak termenung seketika sambil memikirkan bagaimanakah cara untuk meminum air tersebut. Lantas Si Gagak telah mendapat satu akal. Si Gagak terbang mencari batu-batu kecil dan dihimpunkan disebelah botol air. Apabila batu-batu telah dikumpulkan, Si Gagak mula memasukkan satu persatu batu yang dikumpulkan itu

              

Back To...KidsStuff